Friday, December 9, 2011

saiful nang

firstly, ak nk gtau yg ak bru 6bln belajar dslr.. nie pown sbb ak
keje 4 bulan semata2 beli sonyA360.. sme nie terjadi bile mse cuti sem dimana ak didedahkn gmba2 yg owesome.. sekaligus membuat kan ak jatuh cinta kt photography..



n klau ak xdpt camera nie, entah bile la ak ley baja psal aperture, speed or even ISO.. so, seems logical la ak ley xknal SAIFUL NANG, tetiba ak terbaca kt


kt ctu baru la ak tau spe tu Saiful Nang tu, impression awal ak kt gmba atas border blog dy adalah, "HE WAS AN AMAZING PHOTOGRAPHER.." xkire psal editing, creativity and also the moment he's taking was really owesome!! cni link dy..


so, ak harap ak dah jumpe smtg yg ak boleh hold smpai bile2~


Tuesday, October 11, 2011

move on


i'm already tired to be addicted to u're voice, to make a effort juz 4 u're laughter, to be mad at someone that i don't have have problem with, to be worrying smtg that does't concern me, to make sure that someone had at least 1 meal a day, to ignore someone when she's on9, or even to stop looking at the clock when her besday arrive and ignore it the whole day so that i can convince my self that i was forget..

Monday, June 20, 2011

cter si "dy"

penah x kowg merasa keperitan erti cinta.. kdg2 kite ley move-on, dengan mencari "toys" baru, menguat kn agama, dan mcm2 ag laa.. klau yg BODOH tu, buat la kje gle cam bunuh diri, bunuh si "dy" atau pon partner baru "dy".. ak pown pening npe diorg sggp wat cmtu, padahal dosa kt neraka teramat la besar tok perbuatan camtu.. tp, ak bukan nk ckp psal tu, ak nk cter psal "dy"..

FIRST STORY..
bile difikirkan blik, mmg la xpadan ak ngn "dy" tu.. tp mcm mne la kite ley kawal perasaan kn, walau pada asal nyer ak juz nk jadi kwn jek.. mne la tau, dy ley jdi "dream girl" ak lak!!

sbb dy, ak nk "future partner" ak nk camni:
1. msti lawa klau pkai speak, xkesah klau dy pkai speak k x..
2. mke bulat
3.putih
4.agama dy ag ok dri ak..
bnde2 alah nie pown ak tau dr "adni", sbb adni ckp mke ex- ak mcm dy..

SECOND STORY
secondly skg ak rse ak dah jdi obses ngn dy, sbb ex- ak penah ckp ngn ak DUA kali npe ak "epy" smcm.. ak pown tepikir gak lepas tu, rupe nyer psal ak kol dy b4 ak g jmpe ex- ak tu.. n ak mmg approve suara dy mmg mmpunyai FREQUENCY yg mmbuatkn ak lpe kt masaalah ak..

maybe kowg blur bile ak tulis cmtu, sbnr nyer, ak de bce kt mne tah, mngatakan yg peasaan "CINTA'' wujud sbb, pasangan kite mmpunyai FREQUENCY tertentu yg bley menenangkn jantung kita bile laju..

THIRD STORY
korg tau kn lepas SPM, kite akan memilih sme ada nk g SIJIL,DIPLOMA, MATRIK, STPM or bg yg pandai ag dy akan dpt offer letter dr DEGREE.. sebenanya, mse ak still skola, kite akan diberi pilihan mengisi borg2 tertentu 4 futher study.. ak pon isi la smua borg yg de.. dengan bebekalkan gred yg ckp2 mkn.. seingat ak, ak dpt offer DIP PENYENGGELAAN ENJEN KPAL TERBANG, DIP ELECTRIC MAINTAINENS N SAINS FIZIK MATRIK..

b4 ak smbg cter, perlu diingatkn yg ak ske2 jek mntk MATRIK, sbb didedahkn dengan konsep "MATRIK JUZ 4 GENUIS PEOPLE", ditambah kan ag dengan news "klau fail, kne buang".. so, mse tu, tros sepakat ngn bdk2 mntk matrik juz tok ske2..

lpas ak dpt offer letter tu, ak tyer la dy.. entah camne, ak ley X IKOT ckp hati ak n parent ak(mse nie diorg soh amik enjen tu) .. ak ley ikot ckp dy lak..

p/s: sbenarnya ak bersyukur sbb masok matri, bnyak kenangan indah ak kt sne..

FORTH STORY
sebenar nya, dr kcik2 ak de tnam azam yg sgt penting dlm hidup ak.. "JGN GADOH NGN MEMBE LAKI PSAL POMPUAN!!!"

simple je kn, tp tah camne ak ley gadoh ngn mmbe ak bkn sekali tp dua kali, dengan 2 org berbeza !! betapa lemah nya ak ngn dy nie..

FIFTH STORY
ini ak xtau, tp ak rse ak bley jdi counseler khas tok golongan "lepas break".. mne x nyer, smpai skg ak rse dah 8 kali dah.. n sme nyer jenis cter sme masaalah diorg "cinta" diorg kt ak.. dan "dy" adalah salah satu daripada golongan itu.. klau yg laen ak mmg xkesah klau stakat cter kt ak, tp cbe korg pikir, korg bley tahan k org yg kite "syg" dipermainkan oleh laki len.. ditambah la pulak time tu mse exam, mse tu mmg ak xley nk baja lgsg~ ak asyik igat kt di jek, pikir pasal prob dy..

Sunday, June 5, 2011

Mengapa Lelaki Kahwin Lambat?

sebenarnya, ak jumpe bnde nie dari mne tah.. saje nk share, bkn utk pompuan paham jek, tp tok kite kaum adam supaya sedar dan paham betapa besar nya kehidupan selepas berkahwin.. so, dy nyer post bercetak sebegini, enjoy..


Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.

Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.

Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.

Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.

Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.

Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.

Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.

Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.

Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.

Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.

Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.

Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.

Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.

Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Bertunang

Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.

Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.

Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.

"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.

Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"

Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."

Anda : "RM 5000, okay?"

Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.

"Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat

Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.

Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.

Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :

"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :

1000 orang x RM 10 = RM10,000.

Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :

"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..

Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.

Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.

Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.

Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:

Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.

Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:

01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.

Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.

Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.

02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.

Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.

03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.

Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.

Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.

Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.

Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.

Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.

Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

...and the pressure is on men...

Sunday, May 29, 2011

nur Kasih


yes, i watch the movie.. so wat!! :P

sblm kuar cter nie, rse nyer taun lepas ade cite melayu drama yg ag best dr FULL HOUSE, COFFEE PRINCE or even MY GIRL.. drama tu adalah NUR KASIH... well, sipnorsis yg ak paham adalah cter psal 2 adik beadik iaitu AIDIL(abg) dan AIDIL(adik), so diorg dibesarkan oleh serog ayah dan diog telah memilih jalan yg berbeza.. iaitu aidil sebagai seorg uztad in making di MESIR, dan adam sebagai seorg arkitek on the way di SYDNEY.. sp, adam tidak dapat terima ISLAM dalan hti nya, mnyebab kan adam dikahwinkan dengan NUr AMINA(TIZ ZAKYAH) oleh bapa nya yg nazak dengan harapan dapat mengembalikan adam ke JALAN YANG BENAR. so, bermula kisah yg sgt panjang, mengharukan, dan menginsafkan..

so, abes sdah cter psal drama dy, movie dy lak psal kehidupan ADAM dan NUR selepas drama yg penuh dgn konflik2 yg menarik.. so, jgn la melepaskn peluang tgok movie ini, yg masih kluar di paggung wayang, PLEASE JGN BELI YG CETAK ROMPAK, klau x bile industri kite nk maju..

so, enjoy the movie..

Wednesday, May 25, 2011

wat do we know bout ex's

firstly, ape yg ak nk ckp bkn psal jantina tp psal ex-gf/bf..

penah x kite terpikir yg kenape kite ske dy ataupon adakah kite ske dy?? is't becoz of her behavior that amazed you, the innocent face or even how cute she can be?? does that confirm our feeling bout her, or is't juz a feeling we must face to find our "partner".. but, wat if the one that we let go was the one that are we "LOVE" the most.. wat then?? move 4ward?? juz accept the fate?? does that reaction even acceptable even it hurt our soul???

so how dows we know when we find our partner??? well, based on the series "HOW I MEAT YOUR MOTHER" episode18, it shows when you meet someone you like, you will skip a beat of heart.. does that acceptable, even if it's require a beat machine??

p/s: u'll should wacth this episode!!





Tuesday, May 24, 2011

SUKA, SAYANG dan CINTA..




bile kite tgok title nie, penah x kowg tepikir ape perbezaan antara 3 ayat nie.. mse ble kite ley ckp ataupon dlm keadaan pe yg membolehkn kite gne perkataan nie.. so, skg ak nk kongsi la skit info yg ak rse menarik jugak la untok dikongsi bersama.. bak kate org putih, "sharing is caring".. LOL..



Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan kebahagiaanmu.

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,”Bolehkah aku menemanimu & bercerita?”

Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya,?Bolehkah aku memelukmu??

Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya?

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata ?Sudahlah, jangan menangis.?

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pundakmu sambil berkata, ?Mari kita selesaikan masalah ini bersama - sama.?

SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, ?Ia sangat cantik dan menawan.?

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, ?Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..?

Pada saat orang yang kau SUKAi menyakitimu, maka kau akan marah dan tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANGi menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAi menyakitimu, kau akan berkata, ?Tak apa dia hanya tak tau apa yang dia lakukan.?

Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus?

SUKA adalah kau akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di saat dia membutuhkan.

CINTA adalah kau akan menemaninya di saat bagaimana keadaanmu....

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela...


p/s: tbe2 baru terperasan yg bnde alah nie panjang jgk kn, mcm xperasan lak sblm nie.. well, enjoy~


mother's day..

b4 kowg pelik npe ak post bnde alah ni pade waktu cmni.. mcm xbtol kn.. LOL.. sebenar nyer ak de jmpe satu article nie, or maybe juz a reminder for us all..

article nyer berCETAK sebegini:

at 3 years ''mummy I love you''.
At 10 years ''mum whatever''.
At 16 years ''my mum is so annoying''.
At 18 years ''I'm leaving this house''.
At 25 years "mum you were right''.
At 30 years '' wanna go to mums house''.
At 50 years '' don't wanna lose my ...mum''.
At 70 years i would give up everything to have my mum here with me''.

byik cam btol kan, so bg sesiapa yg terlupa nk wish "epy mother's day", juz take ur 5min from wat ever you do now n call ur mother n say "I lOVE U" or smtg else that more inspire than this..

Friday, April 1, 2011

mengHAPUS sikap sombong cara Imam Ghazali


1. Bila jmpe bdk, aggp diorg mulia sbb diorg blom bnyak wat dosa ag, berbanding kita yang sudah lali dengan dosa

2. Bile jmpe org tua, anggap diorg lebey mulia sbb diorg lebey bnyak buat ibadah berbading kita.

3. Bila jumpa orang alim, anggap diorang lebih mulia sebab diorang lebih banyak ilmu berbanding kita

4. Bila jumpa orang jahil, anggap mereka lebih mulia kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan. Tapi kita melakukan dosa secara terang-terangan

5. Bila jumpa orang jahat, anggap diorang lebih mulia sebab diorang akan bertaubat dan insaf

6. Bila jumpa orang kafir, berdoalah agar pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dan dengan izin Allah, segala dosa mereka akan diampunkan

Sunday, February 13, 2011

juz curius..

ape yg sepatut nyer kite pikir/wat lepas mmbe kite couple ngn ex- kte??
1. "owh, gud 4 u, he's really r a nice person"..
2.teros maki/belasah dy..
3.juz pretend we don't know bout it??

Thursday, February 10, 2011


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1.Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2.Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima kita seadanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4.Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7.Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9.Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10.Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


p/s: have iy 4 a while now, so 4get where i got it..

Monday, February 7, 2011

hitcher


Kowg pe nah tgok cter “Hitch” x?? alaa yg Will Smith belakon tu.. klau blom, synopsis dy lebey kurang camnie..

“Nie psal sowg laki yg xreti nk ayat pompuan pastu berubah jadi seorg “hitcher” or lebey kurg mcm kasanova laa.. beza dy juz dy nie jadi kn kepakaran dy tok tolong org takle, lebey krg bisnes laa.. tp x ramai yg tau sbb dy nie exsklusive skit..”

So, persoaalan nyer disini.. ade k x ae bnde alah nie kt MALAYSIA nie?? Klau de, best gak kn.. sbb mne la tau de tips2 yg penting yg kite smue mis~

Wednesday, February 2, 2011

Sindrom “moviephobia”..



Mksd dy lebey krg mcm:“xske/xnk/xbley tgok movie kt wayang”.. Bg sesiape yg still xtau pe sintom2 dy, ni lah antara ayat2 yg akan kowg ckp lepas kwn ko ajak tgok wayang: “kepala otak ko, mahal kot”, ”malas la, bek tdow” dan seerti ngn nyer..

Bagi sesiapa yg dah de sindrom nie, mmg bgus tok kowg bg tok jangka mase yg lme, tp bg yg mmg CONTRAS ngn sindrom nie, telah disediakan care2 tok mengatasi nyer, tu pown klau kowg nk tau :

· Cari gf/bf yg de sindrom nie, secara xlgsg kowg akan memikirkn tmpt2 len yg kowg bley date..

· Pg la smbg blaja kt tmpt2 yg tenang (yg xde bndar cng cter)..

· Kowg pikir bnde2 yg mnyusahkn kowg, secare xlgsg kowg akan hilang mood tgok wayang..

· Pg la wat bnde len, mcm beriadah k, men bowling k, xpown kowg baja jek..

Klau bnde2 nie xmembantu kowg, so terpakse la kowg pegi jmpe pakar psikologi bg tolong kowg..

=P

Saturday, January 15, 2011

90's

ari tu aku de search gmba tok watpe tah ritu, ternmpk la bnde alah nie.. tertarik kt gmba ni tetibe.. maybe sbb usia dah menjangkau 20-an, so terigt memori silam mse umo kecik2..

1st: mse maen bermula selepas waktu bgn tdow, tu pown klau bdk2 len dah bgn n parent ngah "okay" laa.. klau x, xmemasal kne marah..

2nd: nafsu nk tgok cter cartoon mcm pokemon, digimon, dragonball n macam2 ag laa.. smpai xmkn satu hari pown xkesah.. ciap sggp bgn pagi2 buta, asal kn de cter cartoon yg best2..

3rd: xyah nk pikir psal bnde2 yg xpntg nie, mcm awek, duit, kasut n laen2 tuu... buang mse jek..

4th: dulu klau nk pg sek xyah kne pakse, sbb nk men2 ngn mmbe2 nyer psal bkn sbb nk pndai.. pompuan xtgok lgsg, sbb maybe diorg maen bnde2 yg feminin sgt kowt mse tu..


punyer la hepy go lucky mse kecik2.. xde la mcm skg, sme bnde nk pikir.. pekse la, duit laa, baju laa, sng cter sume laa..

Friday, January 14, 2011

wat other says bout love..(part 1)

penah x kowg dgar psal, "our partner was our best friend".. skg nie maybe kali ke 2 kowt ak dgar.. 1st mse kne bebel psal "cinta" n 2nd mse tgok cter "kal ho naa ho"(p/s: cter dy bley tahan laa).. so, terpakse la ak bg komen psal nie sbb maybe ak bley paham mksd ayat tu.. cbe la kowg pikir kn, klau gf/bf kte tu bkn org yg kte bley anggap as besfren kte.. msti ssah nk berkomunikasi ngn dy kn..

example1: kte amik mse dy de prob, dy msti akan cari org yg plg rapat ngn dy atau ngn org yg dy lebey selesa nk cter prob dy tu, PASTU baru la dy cter kat kowg.. tu pown klau kowg perasan yg dy de prob n sometimes kne pakse gak.. dan maybe sbb bnde2 kecik nie la kowg akan selalu bergadoh sbb kowg msti terase mcm tersisih kn atau terase mcm kowg x diperlukan tok diorg kongsi prob dy..

example2: pastu kte amik mse lepas gadoh, bg org yg mmg x romantik, xtau nk mntk maaf ataupon xreti nk mntk maaf,, msti diorg frust sgt2, maybe sbb diorg xtau care nk lembut kn hati gf/bf tu.. ade yg ske minta maaf ngn bg hadiah, cokolat, maen guitar ataupon dok dpan umah dy juz nk mntk maaf nyer pasal.. tp kne igt, xsmua org bley lembut dgn camni..

example3: lastly, yg kuat cemburu.. sebenarnyer org yg "jelez type" nie mmg ssah nk diubati, tp klau dah xknal gf/bf kte tu, camne nk pecaye kn.. xley nmpk dy mesra ckit pown nk marah2, klau nk ck psal agama, mmg la btol.. tp, klau diri sendiri yg terok xkesah lak.. nie la terjadi skg, xnk lepaskn n control"perfect partner", tp still nk enjoy ngn org len..

Monday, January 10, 2011

donate blood



semalam antara hari bersejarah dalam idop ak sbb 1st time donate darah.. mmg sgt takowt, tp sbg memikirkan yg ade org yg memerlukan nyer, so ak sanggup berkorban(ayat poyo)..


nie step2 bg sesiape yg nk derma darah pade mse akan dtg..


1st : memerlukan mngisi borang(lebih kpd sakit pe yg kite penah alami dlm seminggu)..
2nd : cek darah pe(aku darah A+, mksd nyer bley derma ag mse akan dtg)..
3rd : dy akan cek blood pressure n tnyer blik kite de HIV x in personal..
4th : dy akan bg sijil+goody bag+kad(kalau blom de)..
5th : baru la amik darah(amik mse dalam 5 min gitu..

Thursday, January 6, 2011

first week at U..


ber akhir la sudah 1mggu intro kpd sem 4.. dengan ini, maybe bley tau "kowt" bnde2 yg akan belajar sem nie, so far maybe blom ley coment pe2 ag.. sbb still otw nk manage otak nie supaye baja blik, maklum la dah sbln cuti kn.. so, tok skrg nie, mood baja bley dikatekan "still ok" ag.. juz need sometime to get to full gear though.. so, terpakse la kuat kn hati serta jiwa supaye berangan nk score tok sem nie..

Wednesday, January 5, 2011

date : taun2sem4

haa,...
secare x lgsg, dah hari kamis, mksd nyer dah 4 hari ak "try nk baja". tapi kn, sofar so good laa, lect okay, subjek pown mcm sng jek(i hope) n idop ak nie bley dikatakn "hepy" jgk laa.. cme smlm jek mcm spoil skit sbb microP cam ssah nk paham sbb psal progrmming, dah la microC pown lepas cukup2 mkn(sbb tiru org 100%, siusly x tipu).. igt lpas klas tu nk baja, tp xjmpe note dalam portal, tp apekah daye nafsu tgok cter "full house" ag kuat... hehe~

p/s: lpe lak, smlm ah pem beli guitar(rm120 kowt).. teros nk beli guitar jgk, haha~ so, jumat nie nk beli...

Sunday, January 2, 2011

heartbroke..


acctually bkn ak yg kecewe, tp parent ak yg sedey sbb result ak terok(1.97).. mse first2 mama ak dp tau, perghh.. ayat yg dikeluarkan amat menyakitkn atie, bkn sbb mama kuar kn kte kesat, tp kata sedey.. ak lebey rela disekse secare fizikal dr batin... ak pown pikir kne extend jek pastu ptptn xdpt.. ag la sakit..

pastu, selepas dpt bntuan dr spe tah.. pointer ak dpt 2.00.. cukup2 mkn, kire bley la kan.. pastu papa ak lak dpt tau, kne ag ak sbb ayah ak bg ceramah psal agame, teros ak merundum ak nyer motivasi... abis sme buku dy bg ak(mostly buku doa), terpakse la ak ngaku yg agame ak nie mmg terok..

so, secare xlgsg result ak nie telah jadi perkare ke-2 terburuk terjadi dlm idop ak.. dan ak mempunyai misi tok berubah tok jadi org yg lebey bek di mase hadapan.. n up until now, i'm doing juz fine.. cme xtau smpai bile jek. harap hati ak nie kuat dari segale rintangn, AMIN..